Ahad, Mei 17, 2009

JERNIH


JERNIH


atas hamparan hitam putih hidup
aku basuhi jernih wuduk
Tuhanku,
ar-Rahman
al-Aziz
al-Fattah
terimalah pembasuhan ini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kuala Besut, Darul Iman
23 Disember 2004.

11 ulasan:

Idalara berkata...

Salam..
muga air jernih yang membasuh dosa semalam diterima Maha Pengasih Maha Penyayang..

ckLah @xiiinam berkata...

Dia yang Ghafur...

Maha mendengar

....rintihan abdi
yang mendambakan Maghfirah

...dari yang Khalik.

anak laut berkata...

salam...en.zul,

puisi en.zul sangat mendalam sekali, saya berulang2 kali membacanya dengan mata hati..

Lily Abdullah berkata...

Aku sahabatmu,yang tidak tahu mengulas puisi. Tapi sentiasa aku,ikuti nasihatmu;membaca dengan mata hati.

Dan aku mencerna dalam diam.

Selamat hari guru yang terlewat,untukmu sahabat.

fauzi rashid berkata...

puisi doa sufi dari kesedaran jauh dalam diri. ibadah dengan keikhlasan kan diterima tuhan

Aishah Nur Hakim berkata...

ya jami'..yang menghimpunkan kami di sini

ya wadud..dengan penuh cinta kasih

ya nur..sinarkan cahaya untuk kami..

agar kami terus menyatu dalam cintaMu menuju sinar terang yang pasti...menemuiMu,cinta hati kami~~

Nonchalantly anxious berkata...

Moga satu hari, aku jernih jua.

iman daud berkata...

dan terhapuslah dosa-dosa kecil laksana daun-daun yang berguguran

noorlara berkata...

ku basuh yg terlihat
murnikan yg tersirat
setiap kali ku basuh
semoga dosa kecilku termansuh
Ya Allah Ya Rabbi!

patungcendana berkata...

jika disertai hati yang suci dan ikhlas
pasti akan diterima...:-)

ps..rama2 putih ku sudah mati...apakah maksudnya itu...:-(

Seri berkata...

manusia tu disebut insan. kita sebagai insan biasa tak lari dari membuat dosa.semoga sujud dan doamu diberkati illahi.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM