(anakandaku, Imran Nur Ali)
( i )
dunia kandungan di perut bondamu
telah berakhir untuk hari ini, puteraku.
janji-janji yang kau terimai
tentang setiap rezeki, ajal dan maut
telah tertulis
sebelum teriak pertamamu ini, puteraku.
bentangan lorong dan liku hidupmu
hanya dua pilihan muktamad
pilihlah yang memberati kananmu, puteraku.
( ii )
ayahanda dan bonda selalu bersamamu
selagi diizinkan melihat bintang bulan.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Durian Guling, Darul Iman
17 Oktober 2004.
4 ulasan:
salam
sudah lama puisi ini dicatat.. maksudnya puteramu berusia 5 tahun pada bulan oktober yang akan datang bukan? tahniah sahabat dan beruntunglah puteramu itu kerana ayahnya ada mencatat kenangan itu dalam karyanya :)
pada pemuisi kelahiran anak juga melahirkan puisi.. hebat. Memang kita telah berjanji dengan Maha Pencipta akan taat dan patuh kepadaNya sebelum kita ditiupkan roh dalam kandungan ibu.
Semoga Nur Imran dewasa menjadi anak yang membahagiakan ibu dan bapa, di dunia dan akhirat. Amin.
Maaf. Tersilap eja nama putera mu.
Imran Nur Ali.
Lazat nama itu.
Catat Ulasan