Sabtu, Mei 02, 2009

KUKUH SEBAGAI KENANGAN


KUKUH SEBAGAI KENANGAN


dedaun hari
tertolak ke belakang waktu
tersimpul kemas dan padu
kukuh sebagai kenangan.

sesekali hebat
untuk dibukai semula.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Karak, Darul Makmur
18 Julai 2000.

10 ulasan:

Indah Hairani berkata...

Assalamualaikum,
Makasih kerana sudi berkunjung ke anjung saya ..Tahniah. Saya ingin berlama dan turut menikmati bait-bait puisi tuan, namun sayangnya saya terpaksa memohon diri..insyaALLAH kunjungan ini bukan yang terakhir.
Wassalam

Puspa Cendana berkata...

salam di malam yang kian kelam,

jika dedaunan hari hampir kering
meninggalkan kita...apakah kita
akan terus menunggu agar ia segar
kembali??...tentu tidak mungkin
akan berlaku...
yang pasti waktu tidak menunggu kita ....begitulah kiasan dunia...

salam dari puspa cendana.

Leenoh berkata...

Salam.
Saat,jam, hari,minggu, bulan dan tahun tidak pernah mungkir janji, bergerak dan berderap terus ke hadapan meninggalkan kita.
Berwaspadalah dengan masa, kalau ia tidak dipotong ia akan potong kita.
Selamat berpuisi.

w berkata...

sekali pukul maksudnya apa?

w berkata...

Oh begitu. Apa sangatlah bait2 itu, berbanding puisi2 saudara. Masih perlu tunjuk ajar. Tegurlah saya.

Idalara berkata...

yang terindah adalah kenangan..kenangan bukan untuk di buang tapi di simpan kemas dalam kotak ingatan kerana satu masa kita akan buka kembali..

Fadh Rahman berkata...

terima kasih kerana sudi berkunjung...teruskan berpuisi.

amy berkata...

kenangan
memang hebat untuk dibukai semula
namun apa guna diteroka
kiranya hanya memakan hati
memang hebat


terima kasih atas kunjungan ke blog.
saya sudah mula menggemari tulisan anda.

Nurul Huda berkata...

balasan atas kunjungan =)
puisi yang ringkas tp padat makna

.::c!kzUrA::. berkata...

salam kunjungan kembali..

suke puisi nih..really nice!!

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM