hari ini, genap musim kelapan
setelah kapal cintanya hilang dalam pandangan
dermaga hari semakin sunyi
nahkoda yang pergi tiada mengutusi berita
apakah tenggelam kapalmu itu ?
apakah ganas lambung ombakmu itu ?.
anak-anak kecil yang dahulunya berlarian liar
di licin lantai berkayu hitam ini
tiada mahu ke sini lagi
cuma yang setia perempuan ini
membingkai masanya hari dan hari.
dalam sedu paling halus, perempuan itu
membunuh ingatannya
(aku membenci diriku ini, sungguh !
kerana mencintaimu sehabis hatiku ini)
matanya merah tanpa air mata lagi.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
01 Jun 2005
7 ulasan:
lapan musim biar pun berlalu
masih perempuan di pelabuhan itu
jika nakhoda tiada lalu
lautan biru pulangkan cintaku
selamat malam :-)
satu tulisan yg menyentuh perasaan...
Benciku hanya gurauan
yang semakin tidak keruan.
Hatiku terus menangis
kerana tiada kebencian.
Penantian belum berakhir.
Siksaan makin terzahir..
~Salam menyinggah lagi~
Shahriza Mahmud.
delapan musim menunggu nampaknya bisa melahirkan kejemuan dan kebosanan lantas membentuk satu kekuatan diri yang baru.. barangkali..
Hey nakhoda yang mangkir!
Hadirlah ke pelabuhan itu...
Jangan kau terus maherat
dan
terus membiar dia
menghimpun rindu
yang kian sarat....
(Wallahu'alam)
sesungguhnya kerana masa itulah yang membuatkan aku terusan membenci!
menunggumu
menukar rindu
jadi dendam,
menukar cinta
jadi lara,
bagai purnama
takkan mampu ku riba.
Aduh.. benci terasa!
Catat Ulasan