Ahad, Jun 21, 2009

DUNIA KITA


DUNIA KITA

(Khatijah isteriku, tiada yang mudah dalam satu-satu perkerjaan)

di wilayahmu
kedapatan makhluk bersifat banyak bentuknya
separuh normal
separuh sedar
tiada sedar, tak kurang pejam terus.
bermain darah najis manusia
picagari
dadah
ubat-ubat
katil-katil kusam dan oksigen bantuan hayat.

di daerahku
terhadir makhluk bersifat banyak ragamnya
pencandu buku
penyelak ilmu
ada sedar, tak kurang hanyut terus.
bermain kata kapur putih
pen
markah
kertas-kertas
bilik-bilik darjah dan sayap takdir muka hari.

kau aku
membina dua dunia
untuk kemanusiaan hari ini
esok juga mungkin.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
22 November 2007.

13 ulasan:

setiakasih berkata...

'wilayah'... kata yang saya amat gemari. :)

LavENDer Wind berkata...

mungkin gunanya makhluk-makhluk di daerahmu itu
untuk membentuk makhluk-makhluk di wilayah itu ...

bagi mereka-mereka di daerah itu, alasan bukanlah caturan, kekalahan bukan pilihan

bagi mereka-mereka di sudut-sudut kecil wilayah itu,
berikan sedikit harapan
mereka tak perlukan lebih banyak matahari, bulan atau bintang
hanya perlukan cebisan kasih sayang

dua dunia itu
mungkin adalah esok

patungcendana berkata...

dua dunia?...

re:...kalau "tak ngam" atau "kawal macho" - salah satulah tu ...


aku cuma tak intersted...huhuhu

Nonchalantly anxious berkata...

Tuntutan hidup, tak ada yang senang dan mudah

_deli berkata...

Salam Sdr Zul
Di setiap kelurahan, kecematan dan kabupaten akan berbeda dan sedikit serupa.
Melangkah di "dunia kita" harus sering meneliti serta mempunyai radar yang sedia terpasang. Adakala tersasar juga.
Dalam kesuraman pasti ada terangnya.

noorlara berkata...

memang sukar menjadi guru, cabaran kekadang diluar jangkaan, tambahan di era ini tatkala kebebasan guru dalam membentuk anak didik amat terbatas!

ainunL muaiyanah berkata...

Bagi saya sajak ini menarik sekali. Memberi gambaran dua dunia dalam dua rangkap yang berbeza kemudian menyimpulkan dalam rangkap terakhir.

sungguh menarik!

Lily Abdullah berkata...

Salam Zul,

Komentar luar topik: Saya telah membuka blog Fiksyen cinta kepada umum. Sekadar entri republished.

Silalah ke sana.
http://bulanberadu.blogspot.com/

faziz ar berkata...

Sdr zul
selamat mendidik anak bangsa dan buat istei selamat menghulur khidmat kpd yang memerlukan.. semua itu adalah tugasan amanah tuhan untuk kita... itulah sebahagian dari tujuan mengapa kita dihidupkan...

Ayohwang berkata...

Di jajahangku
terkumpul makhluk pelbagai usia
Ade yang bertongkat
Ade yang berpapoh
Ade hok dokleh berdiri
ade juge hok dok tunggu mase mengadap Ilahi
Aku bersyukur kerane aku masih berdiri....

abdullahjones berkata...

:)

Penabahari berkata...

Semoga perjuangan sdr dan isteri untuk kemanusiaan dirahmati Allah jua.

Huzai Mansor berkata...

:) juga.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM