Jumaat, Jun 19, 2009

NAFAS


NAFAS


udara api tercantum satu
kepada senja diri
aku akan bertitik
cuma waktu harinya aku sendiri belum tentu
aku lelaki yang wujud dari dunia diri
kekadang aku kukuh
ketika lainnya aku patah
dalam nafas sendiri
wahai hari yang payah, aku masih berdiri
atas kaki sendiri
masih mencari diri sendiri.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
19 Oktober 2007.

5 ulasan:

zaidharis berkata...

kau cuma cari yang patah?

yang aku lihat,
kau ada besi yang tidak pernah rapuh.

ainunL muaiyanah berkata...

Tidak apa jadi manusia yang kekurangan, yang ada patahnya dalam hidup sebab perkara-perkara kecil dan lemah ini bukanlah mengajar kita jadi jatuh tetapi mengajar kita menjadi lebih berani untuk hadapi hidup

:)

faziz ar berkata...

sdr zul salam ketemu
dalam nafas yang kadang kukuh dan kadang patah namun kau tetap mencari apakah yang dicari dalam hidup ini...sebelum noktah jatuh...

Idalara berkata...

seringnya lelaki lebih kukuh gagah berdiri..namun kita hnya manusia..siapapun tak mampu bertahan andai ada dugaan yg terlalu berat.

Danielle_Corleone berkata...

Agaknya mencari diri itu lama?

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM