Khamis, Jun 25, 2009

PUISI KEPADA PEMENANG


PUISI KEPADA PEMENANG

(puisi selepas pilihanraya umum 2008)

yang berbahagia datuk seri
tidak ada tuah untuk angka lapan
kerana lima telah pergi atas undian
datuk seri wajib berduka
kerana tahun ini catatan sejarahnya lain sekali
kenang-kenangan lalu yang tercanang
dalam lipatan sejarah kepartian
bukan untuk datuk seri.

yang berbahagia datuk seri
tidak perlulah bedah sana sini
jawapannya telah tersurat lapuk berdebu
datuk seri harus berlapang dada
soal kuasa bukan urusan manusia
sekali di atas bukan selamanya begitu
ada baiknya jatuh ke bawah
sesekali nikmatilah datuk seri.

yang berbahagia datuk seri
saya hanya penulis puisi.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
15 Mac 2008.

5 ulasan:

jebatsari berkata...

penulis puisi undinya bukan satu...

Marniyati berkata...

Saya dan mereka yang seperjuangan masih menanti khabar kemenangan atas perjuangan kami mempertahan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Hapuskan PPSMI! Hehehee..

Cikgu Chun berkata...

Puisi yg indah. Patut dijadikan iktibar dan pedoman oleh Datuk Seri dan Datuk2 lain juga....

faziz ar berkata...

salam sdr zul
itulah petanda dunia berubah
tak perlu jerkah-jerkah
atau beri rasuah
atau terus tunjuk gah
sebaiknya muhasabah
sekali air bah...

Seri berkata...

bukan saja datuk seri yang lain juga sama. bukan selalu dijunjung orang, bila yang menjunjung dah penat terpaksa juga jalan sendiri.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM