( i )
sering kau tanyakan
"bagaimanakah cintaku untukmu ?".
( ii )
seperti gula dan garam
yang tersimpan di dapur
mencukupkan rasa di lidah kita
selengkapnya nyaman pagi
dan ke akhirnya malam.
seperti gurau senda anak-anak
berlarian dan bergantungan di kakiku ini
meriangkan udara keliling
setawa sesedu dari hari
bergantian tahunan waktu.
( iii )
"demikianlah cintaku ini
tiada keraguan lagi untuk itu".
(sering kau tanyakan
dalam hari-hari yang terlepas di hatimu itu).
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
21 November 2007.
7 ulasan:
Saya rasa memang orang perempuan suka tanya soalan macam tu, kan?
Saya pun tak terkecuali
kepingin kepastian dan kepercayaan^^
Kerana keraguan,
yg kadang2 menghuni antara kepercayaan...
Saya juga
Punya pertanyaan yang sama. :)
Kau adalah daerah misteri yang mewilayahkan hati seorang hawa,
Dia percaya segala kata
Dia memberi cinta rasa yang beza tiada
dan dia hanya mahu kau luahkannya
saban detik
saban ketika
kerana terkadang
keberadaan tidak akan sempurna
tanpa kata
tanpa prosa
Adam yang dicintainya
bertanya bukan kerna ragu
bertanya kerna
hati sudah rindu kepadamu
terlalu..
mengunjungimu dan membaca2 disini.
salam puisi.
sdr zul
pertanyaan begitu
akan memanjakan waktu
dan...semuga kekal selama-lamanya
Catat Ulasan