Sabtu, Ogos 29, 2009

CERITA TENTANG KEPALA LEMBU


CERITA TENTANG KEPALA LEMBU


kenapa yang kecil
harus menjadi besar
kenapa yang cerdik
harus menjadi dungu
jadi kami hantarkan sepotong kepala
kepala haiwan yang bernama lembu
moga kalian yang berwajib memahami
konotasi lembu itu untuk apa ?.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman

28 Ogos 2009.

17 ulasan:

mendewa berkata...

yang mengusung kepala lembu juga wajib berfikir tentang warasnya tindakan mereka.

kenapa dipijak?
kenapa kepala lembu?
kenapa dibantah kuil hindu?
apa kaitan lembu dan hindu?

kenapa membazirkan daging, tulang, otak lembu itu?
tidak difikirkah apabila dijadikan sajian, berebut2 orang mahu memakan otak lembu?

nasib kepala lembu akibat manusia OKU (otak kurang upaya) berfikir.

tokder berkata...

dulu masa tok kecik2, ada parti cap kepala lembu..tp tok dok ingat nama apa.

Unknown berkata...

makan kari otak lembu sedap gak ni... tapi berapa la kolestrol dia eiii... :)

Sara Musfira berkata...

supaya diturutkan kan?

faziz ar berkata...

salam sdr zul
spt katamu
mengapa besarkan perkara yang kecil
mendewa rasional dalam hal ini
apakah perarakkan ini halal pulak
setelah sekian lama kita diwar-warkan dengan perhimpunan yang sering dikatakan haram.
aku sungguh melihat perbuatan ini tidak rasional dan memalukan...
apakah sudah tidak ada cara lain?

IjoPunkJutee berkata...

Salam BRo....

Datang ke sini setelah membaca komen di blog mas ari, komen yang bijak,
Kita bertetangga, pasti ada kerikil kerikil dalam berhubungan, namanya juga manusia, ada salah dankhilaf adalah hal biasa. segala masalah bisa diselesaikan dengan cara2 yang lebih baik. semoga KITA tetep berkepala dingin menyikapi hal ini. Terimakasih BRo....,

anazkia berkata...

Assalamu'alaikum

Salam ziarah pak Cik... Sungguh pandangan yang bijak.

abuyon berkata...

Salam cikgu,

Kepala lembu adalah
simbolik, tanda
protes

Kenapa hendak dihina agama
mereka kalau tidak
bersetuju dengan
manusia

Hey kan marah kita bila
dibuat perkara sama, mana
pergi 1Malaysia

Ini zaman teknologi komunikasi
Kenapa tidak dihantar
sms saja

Tanpa Nama berkata...

salam zulkifli mohamed,

apa jua alasan; simbolik kebodohan, aku kan hanya memandang dari aspek membangkitkan isu perkauman,

apakah si pengheret itu bebal sehingga tiada upaya memikir akibat selepas itu?

ellysuryani berkata...

Maka janganlah kamu memper"lembu"kan dirimu. Jangan seperti lembu yang dicucuk hidungnya, mudah dibawa orang kesana kemari tanpa punya pilihan sendiri tentang arah yang benar. Metafora yang pas tentang kejadian hirup-pikuk yang sedang terjadi, dimana orang mudah sekali terhasut. Masalah kecil jadi besar, besar menjadi tambah besar. Salam kenal.

Sifu KaiZen berkata...

kebimbangan sy terhadap api perkauman yg cuba dimarakkan oleh puak2 yg menyokong parti perkauman...semoga rakyat malaysia punya akal fikiran yg waras dan bertindak dgn rasional...

Zanie berkata...

Mudah saja,

Lembu itu digunakan sebagai anasir provokasi. Pihak yang melakukannya mengharapkan kepala lembu itu dapat membangkitkan perasaan marah penganut Hindu terhadap orang Melayu di situ. Lalu bergaduhkah kedua kaum tersebut dan Selangor pun jadi kucar-kacir. Selepas itu kerajaan bolehlah isytiharkan darurat dan ambil alih Selangor di bawah pentadbiran pusat, bawah BN!
Itulah yang mereka harapkan. sebab mereka dah pernah buat pada 13hb Mei 1969 dulu. Mereka menggunakan skrip yang sama dan mengharapkan impak yang sama. Malangnya rakyat Malaysia sekarang bukan macam tahun 60-an dulu..mereka dah bijak berfikir dan tidak terperangkap dengan propaganda. Pemimpin yang merancang perhimpunan itu telah tersalah analisa. Dia ingat jika berjaya di zaman ayahnandanya tentu sekali berjaya di zaman kini...Nyata sekali yang berfikiran sempit dan bodoh ialah pemimpin itu sendiri.

kelompen berkata...

lembu tiada salah apa apa
kitalah yang buta
tiada mengenal rupa
antara binatang dan manusia
siapakah yang tercela..

pecinta_Islam berkata...

knp nk marah orng hindu bwt kuil..dia pun nk semayang jgk..lg pun kt sne hindu duk merata-rata.bkn setempat..jd x de kawasan yg majoriti hindu setempat.klu de tmpt majoriti senang,bwt je kuil kt situ..jd nk x nk kne jgk bwt kuil tuk diorng sembahyang kt tmpt majoriti melayu sbb x de tmpt majoriti diorng..biarkn jela..asalkn diorng x ganggu gugat kita,dan juga agama kita dh..jngn biarkn diorng pijak islam dah..klu pijak islam sy pun marah..knp la kurang waras sngt tindakan gne kepala lembu.dh tau bnda tu sensitif..nk jd huru-hara plak ke..fikir la sejenak..itu hak mereka..biarlah mereka nk bwt kuil pun..bknnye diorng nk robohkn masjid..diorng pun nk semayang jgk cam kte..dh x de tmpt majoriti hindu nk wak cane.diorng tinggal berpecah-pecah.tidak setempat.jd nk bwt kt ne lg..x kn x leh kasi bwt plak..adil ke camtu.islam mengajar keadilan

jebatsari berkata...

gelagat mereka sudah jelas menunjukkan, siapa 'lembu' yang sebetulnya?

fiza berkata...

poetic habis. bagus. mohon singgah sahur di blog saya yg tak seberapa nie...

http://duniadalamcermin.wordpress.com/

BUJANG SUSAH berkata...

UNNO = LEMBU

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM