Khamis, Ogos 27, 2009

KEPULANGAN


KEPULANGAN
(allahyarham Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md Salleh)

atas kekurangan ke atas sekian hambaNya
terlorong rahsia yang tidak tersukat oleh akal
atas kekurangan ke atas penglihatan hambaNya
tersurat rahsia hati yang menguasai ilmu-ilmu yang mengalir
dari halaman-halaman buku
atas kekurangan ke atas sifat zahir hambaNya
terlakar satu nama yang besar dalam kalangan manusiaMu ini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Perumahan Lot 144, Darul Iman
27 Ogos 2009.

18 ulasan:

mOEha Aziz berkata...

salam,

puisi dedikasi yg sangat indah...

mendewa berkata...

Kembalinya ke negeri abadi insan yang cukup saya hormati dan insafi upaya yang dimilikinya.

Moga roh beliau mendapat rahmatNya.

p/s: saya telah e-melkan soalan percubaan sejarah PMR Kedah kepada e-mel saudara (pondokpuisi@gmail.com)

setiakasih berkata...

atas kasih sayangnya ke atas sekian hambaNya juga
dipimpin al wakilNya
ke jalan pulang
abadi.

noorlara berkata...

Kehilangan yang sukar diganti kalaupun dengan mereka dikalangan kita yg celik. Begitulah keadilan Allah s.W.T dalam kekurangan Allahyarham diberi kelebihan. Yang jelas beliau telah terlepas dari melakukan dosa mata.

Mudah-mudahan rohnya terhimpun bersama ahli jannah. Aamiiiin

ckLah @xiiinam berkata...

Antara insan yang saya kagumi semasa di UM...

Saya jadi terkenang rakan-rakan yang saya 'bacakan buku', supaya mereka dapat menyalinnya ke dalam braille, semasa di Carrel 12 Perpustakaan UM....rakan-rakan yang tidak celik mata, tetapi amat terang mata hati...


Innalillahiwainna ilaihi roji'un...

Basuh Baju berkata...

*sedih..

sgt kagum dgn professor itu..

Raja Syahrul Helmi berkata...

saya x mengenal beliau. tp sy tumpang kesedihan saudara.

Penabahari berkata...

Allah lebih menyayangi. Kita yang tinggal terasa benar kesedihan kerana Allahyarham insan yang tersangat istimewa di hati insan yang memahami. Semoga roh Allahyarham hadir bersama mereka yang dirahmati Allah jua.

tokder berkata...

satu kehilangan besar..

Seri berkata...

kehilangan yang sukar dicari ganti. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allayarham.

Nakamura Kazuki berkata...

terima aksih atas kunjungan ke blog ambe.....
kepulangan kepada pangkalnya...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Kembalinya arwah di bulan yang mulia ini untuk mengadap PenciptaNya.semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Joojo berkata...

dedikasi yang mengagumkan........
sepertinya sang penulis sangat dekat dengan beliau yang telah berpulang......
semoga amal ibadahnya di terima di sisinya........
salam hangat
joni

tokder berkata...

Salam Jumaat 7 Ramadan 1430H.

DaliaLiyana berkata...

salam jumaat,
Dalia bab2 puisi ni mmg tak ok sgt..jenis yang tk paham bahasa kias2 ni...hehehe..
apepun suka baca ..tp tak paham...
:)

Wahyu Budiwa Rendra berkata...

salam kunjungan sdr.zulkifli yang dihormati. salam ramadan dan selamat berpuasa. puisi ini mengingatkan diri ini - akan jua pulang ke sana.

Zura Firdaus B. Japri berkata...

terasa kehilangan yang besar, ya?

Relevan berkata...

Al Fatihah..

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM