merah rona membakari wajah-wajah suram yang dihasut senja
tenggara angin pecah di hujung jejari pohon tiada dedaun
sebentar lagi hadir purnama pucat di dada langit tinggi
jangan pecahkan lentera tidak bertuan ini
kelak kelam senja berganti hitam malam
aku tiada menjumpai jalan pulang.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
18 Ogos 2009.
8 ulasan:
bersama dedaun yang gugur
dipukul angin tenggara
bersuluhkan lentera tanpa tuan
dalam hitam malam....
kau pulang...:-)
Salam Saudara Zulkifli,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh kita kongsikan selepas ini. Insya-Allah.
Lentera kita, adalah
jiwa
Jiwa kacau, gelap
lentera
Lenterajiwa, jiwa kacau
bukankah depa
blogger :)
Salam ziarah...
tenang membaca puisi sdr.terima kasih atas kunjungan.
tanpa lentera
perjalanan ini
pasti murung
tanpa panduan
ke mana arah
bawa sesat
namun
berharaplah
kepada sinar purnama
pucat
di langit tinggi
bawa cahaya
tunggulah tuan..
nantilah tuan..
tapi jangan pecahkan lentera itu.
bulan..
kau kongsikan cahaya,
menerangi kegelapan malam.
selamat berpuasa untuk semua.
bicara bisu pada bulan..
bicara bisu pada bintang..
namun hati masih beku..
tercari semangat memandu diri..
salam kembali zul..
dah lama tak jejak ke sini..
saudara sehat..?
Catat Ulasan