PETA HIDUP
(buat penulis - allahyarham Dharmala N.S dan pendukung nyanyian dakwah - allahyarham Ustaz Asri) membaca peta hidup
di awal simbolnya, kelahiran
di akhir simbolnya, kematian.
membaca peta hidup
di awal gridnya, memenuhi keduniaan
di akhir gridnya, memenuhi kerohanian.
membaca peta hidup
di awal mata anginnya, dikenali dan tersanjung
di akhir mata anginnya, dihormati dan terlupakan.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
14 Ogos 2009.
14 ulasan:
Hidup ini penuh ironi. Puisi yang penuh iktibar.
Kematian itu satu kemestian. Hanya ia tersembunyi dari kita. Semoga akhir kita adalah pengakhiran yang baik.
salam zulkifli mohamed,
sangat indah jika akhirnya dihormati.
alfatihah..
salam Zulkifli Mohamed.
Mati itu pasti, hidup insya-ALLAH.
Bila ajal datang menyambut, kosong zarah duniawi ditinggalkan melainkan amal soleh dibawa bersama.
Jika dilupakan siapa mereka, cukuplah bakti kebaikan dikenang bersama.
=)
cukupkah bekal kita untuk tempat abadi?
Salam...terima kasih atas doa yang dikirim...
Salam Encik Zulkifli Mohamed.
Terima kasih atas kunujungan ke blog saya.
Boleh saya tahu sedikit sebanyak maklumat tentang saudara?
Kita tinggal di daerah yang sama nampaknya. Amat memalukan sekiranya saya tidak kenal penulis seperjuangan seperti saudara.
Begitulah roda kehidupan...kelahiran..kejayaan..dilupakan..kematian...akhirnya tinggal sejarah..
peta hidup- mengajar erti kehidupan utk kita..
Salam Zul..
Kematian adalah permulaan perjalanan utk menuju kpd sebuah kehidupan yang kekal abadi..
Terima Kasih atas kunjungan..
Al-Fatihah untuk mereka yang telah mendahului kita.
Salam Sdr. Zul :)
Salam cikgu,
Jika hidup mengingat Tuhan,
bila mati dingat bumi dan
seisinya
kala hidup diingat tak pernah, dihargai lagilah tak endah...berakhirnya hela nafas, barulah disebut orang...habis ketika dia dilupakan...waris tetap ada teruskan agenda. cuma waktu iri sentiasa...salam terima kasih berkunjung ke blog yang empunya..
Waris Pak Dharma
Catat Ulasan