Ahad, Ogos 30, 2009

SALAM MERDEKA UNTUK ANAK-ANAK BANGSA


SALAM MERDEKA UNTUK ANAK-ANAK BANGSA


( i )
prolog :
kata-kata Arthur Kenion
(ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan 1915)
"Awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya mereka tinggal terus di sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh, supaya tidak semua mereka menjadi kerani, dan saya yakin awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pendidikan yang berlebihan".

( ii )
lantas suara penjajah itu telah pun tertulis dalam laman
yang kita istilahkan sejarah penjajahan
detik 31 yang kita junjungi kembali dalam Ogos yang makin kemaruk
anak-anak bangsa yang merdeka bebas
semakin maju ilmunya
semakin tidak jejak jati dirinya
malam-malam yang meriah bertemakan kebangsaan yang kemaruk
hanyut lecur dengan tin-tin mabuk
bertindihan di bilik-bilik gelap
menzuriatkan anak-anak tanpa bin dan binti yang tidak pasti ayahnya siapa
dan lagu kebangsaan digantikan lagu sendu perawan punah.

wahai anak-anak bangsa yang kononnya
membaca dan mengenali setiap abjad yang dibunyikan sebagai
KEMERDEKAAN
hanya angka sambutan kita bilangkan bersama setiap Ogos ini
penjajahan baru yang tidak tersekat bendungnya
meracaukan jiwa-jiwa dan hati-hati yang muda dengan nafsu
penjajahan datang dalam wajah-wajah yang lebih buruk sifatnya
yang tertewaskan oleh globalisasi
yang tertewaskan oleh neokolonialisme
yang tertewaskan oleh jalur lebar
yang tertewaskan oleh kelobaan politikus.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
30 Ogos 2009.

18 ulasan:

LaraSuffi berkata...

salam kemerdekaan j buat saudara :)

tokder berkata...

betullah, kita tidak merdeka dalam erti kata yg sebenarnya.!

patungcendana berkata...

sambutan kemerdekaan hanya hiburan semata2...

salam kemerdekaan en zul..:-)

Bunda Lina berkata...

Meskipun demikian
Tetaplah bersemangat dan berpikir positip
Salam Merdeka!!

abuyon berkata...

salam merdeka cikgu,

Merdeka!
angka saja
jiwa tak

Relevan berkata...

Salam merdeka saudara Zul..teruskan dgn puisi2 indah mu..

azianierdawati berkata...

salam kemerdekaan zul

Tanpa Nama berkata...

Salam Merdeka ke-52 2009 & Salam 1 Malaysia

mOEha Aziz berkata...

salam merdeka...

pecinta_Islam berkata...

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA

faziz ar berkata...

salam sdr zul
pada saya kemerdekaan juga
adalah merasa bebas untuk lakukan perubahan
bukan disekat oleh akta-akta
untuk satu golongan milik kuasa
Merdeka

ayuh merdeka lah kita...

kelompen berkata...

salam puisi cikgu,salam merdeka
merdekakah kita sebenarnya
ada rupa tanpa wajah..
kemerdekaan sebenarnya hilang
bila kedewasaan kita
tidak pernah mengenal erti
perjuangan yang perit..
AMAT DALAM MAKNA PUISI INI
syabas

ckLah @xiiinam berkata...

Dirgahayu watanku...

Raja Syahrul Helmi berkata...

x merdeka lg drpd warna kulit. Aku bosan dgn curiga yg dipaksakan ke atasku! bosan dgn benci dan iri hati, maki2... Merdekakah begini?

Sara Musfira berkata...

fuhh, dlm.

_deli berkata...

Salam sdr Zul,

You summation/take on events are remarkable; make me blush/shameful on my lackadaisical attitude towards the surroudings.

They are succinct and right on the dot. Cant help but to admire and be a little envious.

History IS your forte, isn't it?

Raja Syahrul Helmi berkata...

saya suka perkataan "perawan punah" tu. inilah salah satu tujuan puisi. memajukan bahasa...

Cikgu Chun berkata...

Semoga kita semua merdeka dalam erti kata yang sebenar...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM