( i )
di balik tirai putih
tok dalang menguasai sendi-sendi gerak
melakonkan dan menyuarakan semahu hati
Wak Dogol berkepala botak
menggembirakan anak-anak kecil
mereka ketawa
balik dan tidur
hidup ini mudah buat anak-anak.
( ii )
di balik tirai tanpa warna
manusia cerdik dengan lambang-lambang kepartian
berlagak tenang di sebelah peguam
tapi macam budak sawan ketika diajak berkereta
masing-masing tunjuk dengan jari
aku betul, kamu salah
kita cuma agak-agak
hidup ini mudah buat yang berpengaruh.
( iii )
di balik tirai tanpa apa-apa
manusia minoriti cuba menjadi manusia hebat
dalam peristiwa lain, dia mencipta babak lain
main tolak-tolak dan tampar-tampar
main sorak-sorak dan maki-maki
yang lain senyum-senyum memberi komentar
kita cuma geleng-geleng
hidup ini mudah buat yang merasa hebat.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
17 Ogos 2009.
11 ulasan:
Salam Saudara Zul,
Terima kasih atas kunjungan saudara ke laman blog saya.
Mudah-mudahan kita dapat memanjangkan ukhwah dan silaturahim kerana Allah swt.
tapi semuanya tidak semudah yang disangka...
apa saja yang dikurniakan Tuhan jika dimanfaatkan dengan baik dan adil mudahnya akan dapat dinikmati oleh semua insan.
salam ziarah....
p/s: gua keje wayang kire anak seni gak ke..ngeh3..
Salam perkenalan dr Deen di Golden Sand. Jenguk2 lah ke pondok buruk!
Deen
hidup paling mudah bagi mereka yg x ambil peduli!
tetiba jek nampak ramai tok dalang sekarang ni.....
terkesan.
:)
salam sdr zul
kehidupan adalah gerak dalam tirai putih
tok-tok dalang melakar rentak
maka terjadilah seperti katamu
wayang
yang menguasai dan dikuasai
ralit menonton wayang
tak kira wayang kulit
wayang pacak atau opera juga,
siapakah pelakonnya?
salam puisi cikgu..
tak semudah ayunan tangan
dan lentiknya jemari
dibalik kain pengaburan
yang terus menyimpan misteri
dalam kata kata pincang si pendalang
hidup tetaplah sebuah petang
yang arus dimulai dengan berjuang
merambah gelap
yang sedikit terang
singkirkan pekat
jadikan benderang
dengan harapan yang selalu datang
bagi para pejuang
hidup yang terus berjalan
salam hangat
joni
terima kasih sbb mengunjungi blog sy..
selamat berpuasa..
Catat Ulasan