Rabu, September 16, 2009

DIKSI 1430


DIKSI 1430


bahasa yang kutulisi
bahasa yang kalian maknakan sendiri-sendiri
mungkin menjadi seputih maknanya
mungkin menjadi semerah lukanya
mungkin menjadi sehitam rahsianya
mungkin menjadi sejuta warnaan lainnya.

maafkan aku
jika bahasa tulisanku tiada seadanya
buat kalian semua.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Perumahan Lot 144, Darul Iman
16 September 2009.

11 ulasan:

Sara Musfira berkata...

I like :)

Mat Amin berkata...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin
buat Saudara Zulkifli Mohamed dan pembaca blog ini

Yang Ikhlas
Mat Amin

mOEha Aziz berkata...

salam,

apa pun ia tetap untai untai yang indah bersirat makna... :) salam aidilfitri juga buat mat amin...

Pyanhabib berkata...

selamat hari raya

Kacik Kamarudin berkata...

sajak selepas ditulis bukan milik penulis lagi tapi milim pembaca..

selamat hari raya aidilfitri

_deli berkata...

Salam sdr Zul,

Semoga berbahagia berlebaran di sisi yang tersayang dan seterusnya selamat berpuasa enam.

relevan berkata...

Slm Saudara Zul..Bahasa yang indah kan menjadi coretan yang amat sempurna..

Slmt Hari raya aidil Fitri Saudara Zul..Maaf Zahir Batin

Nakamura Kazuki berkata...

Cikgu Zul...

Selamat hari raya maaf zahir dan batin,

semoga kehadiran syawal menyinarkan kemenangan kita berpuasa selama sebulan

tokder berkata...

salam aidilfitri buat cg sekeluarga.

kelompen berkata...

salam puisi cikgu
meminjam kata2 khalid salleh.. puisi lahir dari jiwa yang sakit, semakin 'sakit' jiwa penyair itu, makin 'indah' puisinya.
salam lebaran salam aidilfitri
mohon maaf dalam santun
terus menulis jangan letih..

Zaidin berkata...

Salam Idulfitri buat sdr Zulkifli...
Maaf zahir batin. Semoga hidup kita dilimpahi keberkatan-Nya.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM