Selasa, September 15, 2009

MENGAKHIRINYA


MENGAKHIRINYA


ke penghujung begini
larian hari seakan tiada terbendung lagi
kita semakin menamatkannya
dengan doa putih terputik dari kalbu paling dalam
semoga seluruhnya terhasil
dikecapi sekali lagi dalam ruangan 1431 Hijrah.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
15 September 2009.

9 ulasan:

faziz ar berkata...

salam cikgu zul
kita sedang bergerak kepenghujung
sedih rasanya mahu berpisah
baru rasanya kita bersama
tapi kau dah nak pergi
ya ramadhan...
pada hari kemenangan nati
kupohon maaf zahir dan batin dari mu cikgu

Kongkang Kengkang berkata...

kalau 2 baris yg hujung tu buang lg best sajak ni... apapun slamat hari raya.

Sara Musfira berkata...

Selamat Hari Raya.

=]

abuyon berkata...

salam cikgu,

Ramadhan, kau datang
dan pergi

Aku, masih
begini
____

Lagi sekali,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pak zul..
pinta anak-anakku ..hehe

lonelyroseblack berkata...

moga2 berkesempatan melaluinya sekali lagi..

salam ramadhan, Tuan..

noorlara berkata...

saudara Zulkifli,
berdoa kita semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir kali. Mudah-mudahan berkat ibadah kita yang ikhlas demiNYA, INsyaallah Syawal yang bakal menjelma adalah yang terbaik penuh keceriaan dan bahagia.

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah. semoga lebaran yang akan tiba nanti membawa lebih keceriaan dan kebahagiaan kepada diri kita.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Bathin.

Sudi kiranya menerima kad raya dari seri.

mOEha Aziz berkata...

salam,

berpisah sudah satu kepastian,
bertemu kembali? samar masih tak ketentuan...

salam aidilfitri...

Syahrul Helmi Mohd berkata...

sokong moeha. Selamat hari raya en. zul sekeluarga. maaf zahir batin kalo ada komen2 x menyenangkan :)

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM