aku anak Malaysia
aku bangga menyambut 52
angka kemerdekaan malam tadi
dalam saat serupa itu
aku dihadiahi petrol RON95
mesti beli tunai RM 1.80 seliter
(dalam hati selaut sumpah - harga naik, mutu turun !)
jika aku berduit
teruskan isi tangki dengan RON97
kerana harga cuma RM2.05 seliter
(itu kata mereka yang main politik, tetap bandingkan dengan harga di negara orang !)
negaraku - Malaysia tak ada petrolkah ?.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
31 Ogos 2009.
12 ulasan:
yer.. hadiah hebat dari najib untuk rakyat malaysia... bagus..bagus..bagus...
inilah harga yg kita perlu bayar atas nama kemerdekaan.
membacamu cikgu zul, sentiasa menghambat aku sebagai anak pascamerdeka yg masih dungu.
cikgu zul
puisi pertama selepas merdeka ke 52
terasa malu diri
dipermainkan petrol kuning..
nicey ;)
salam,
.... *terkesima*
sabar mas.....
salam hangat
joni
nambah: jangan karna pandangan personal yang provokatif menjadikan persahabatan dua bangsa menjadi rnaggang
Dan esok - esok akan ada hadiah yg lebih menyakitkan lg?
52 tahun merdeka, tak matang lagik agaknye! Tak pernah belajar dari kesilapan sedang rakyat semakin bijak dan mengerti...
salam cikgu Zul
wah sempena ramadhan ni kita tukar baju nampaknya.
takapalah..pada saya idea tukar baju ni muncul dalam bulan yang fikiran kita terbuka untuk membuat perubahan..namun puisimu tetap menjadi santapan nurani..
tentang Hadiah Pertama...itulah resamnya..tajam sungguh kritikmu...
Kalau nak naik harga cakap je lah nak naik harga, jangan dok putar belit rakyat pulak dengan kata harga tu tinggi, harga ni rendah.....tak boleh pakai yg tu, pakai yg ni... Aku cuma sempat isi 2x je minyak RON95 (RM1.75)tu semasa balik bercuti di Kelantan mggu lepas, masa tu kt segamat belum ada lagi. Last2 lepas dia umum tu terus naik ke RM1.80!. Betul kata anda, kualiti turun, harga mahal. Ini lah antara kesilapan terbesar depa, sebab tu asyik kalah je dalam pilihan raya kecil. Kita tggu tgk lah nanti 2012 ni!!!!!!
makin berusia.. makin lupa.. dan melupakan kita.. rakya yang terhimpit.. ter'perkosa' dengan harga benda-benda dek perbuatan mereka.
Catat Ulasan