Khamis, September 03, 2009

JANGAN BAKARI BENDERA KAMI


JANGAN BAKARI BENDERA KAMI


saudaraku yang serumpun
kita dari leluhur Austronesian
yang berbahasa saling memahami
saudaraku yang serumpun
aku membacai kandungan Pancasila
fasa 2 - "Kemanusiaan Yang Adil dan Beradab"
jadi kenapa harus bendera kami dibakari demikian ?.

membakarinya
seperti membakar hati kami juga.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
02 September 2009.

13 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Entah dendam apa yang terpendam....





p/s:Cikgu, semak e-mail.

cahaya malam berkata...

salam..

hmm..
berbudi dah kita..
tak pernah pula mereka berbahasa..
munkin ini bahasa mereka..
x padan dasar konfrontasi dulu..
kite relax jer..
waduh..
nak perang lagi ker?

alahai..

wassalam..

Nakamura Kazuki berkata...

sungguh mendalam maksud membakarinya seperti membakar hati kami juga...

Tanpa Nama berkata...

tidak tahu mereka mahu apa lagi. tidak tahu bersyukur, tidak tahu berdamai. pendek akal agaknya.

setiakasih berkata...

'simbolika kedangkalan pemikiran cabangan peradaban kemanusiaan yang kian luntur dengan pantas menolak ketaatan kepada ikrar Pancasila agung nusanya sendiri'

'membakarinya
membakari kami
membakari kita bersama
di penghujung hari'

abuyon berkata...

salam cikgu,

Membakar bendera kita, bermakna
membakar maruah kita

Ia adalah simbolik yang memang
melukakan hati, jiwa yang
patriotik

Tetapi, adakah jiwa kita terluka
dan terbakar tatkala maruah
Islam diinjak-injak oleh
sesiapa

Cikgu Chun berkata...

Ini mesti pasal tuduhan mencuri budaya ni. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku lagi kerana penjelasan sudah diberikan dan pihak pemimpin negara berkenaan juga sudah boleh merimanya. Jadi kenapa harus membakar bendera kami lagi?? Membakar bendera kami umpama lah membakar negara kami...

w berkata...

Inilah sisi gelap nasionalìsme.

w berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Relevan berkata...

Kaki bakar..

Dhamah Syifflah berkata...

apabila sesuatu musibah melanda...
marah menjadi bermaharaja lela...
tidak sedar akan bahaya menimpa...
sehingga mencanak dendam sesama...
membuatkan runtuh nilai manusia...

hadir pula binatang bersorak tawa...
melihat manusia makin dibawah kaki mereka...
disana nanti balasan menimpa...
kepada sesiapa yang terpedaya...
membakar pula bendera kita...

ziekiera berkata...

Protes...tapi cara tak betul.Orang yang suka protes ni selalunya jiwa tidak keruan....selalu nampak yang negatif tanpa mengira yang positif.tapi itulah manusia yang penuh nafsu...

mOEha Aziz berkata...

salam,

mereka terlalu marah... akhirnya terbakar dalam kemarahan sendiri...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM