Khamis, September 10, 2009

KIM SOO AE


KIM SOO AE


dunia perang selalunya luka
titis diri mewarna dari landasan kapal terbang Senai
tatkala cinta Cho Se Won
membunuh laman Plentong, Johor yang pernah kucintai
bersama cinta baru
kujejaki Pelabuhan Busan, Korea
bumi baru untuk kubelajar merindui
manusia kandunganku - Jelani, Ramlah, Jamnah.

salam untuk bumiku Malaysia
salam untuk anak-anakku yang bertiga
hari ini aku bukan lagi warganegara berdaulatkan Jalur Gemilang
selamat tinggal derita diri
dalam tidur aku lepaskan seluruh kekusutan ini
aku pergi buat selamanya
terima kasih, rumah kebajikan Seoul
kerana di sinilah jasadku terkujur.

akulah wanita yang tewas dalam perang hidup
akulah seorang wanita bernama Mariam Johari.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Perumahan Lot 144, Darul Iman
10 September 2009.

7 ulasan:

Nakamura Kazuki berkata...

cikgu zul...bila baca tajuk teringat ambe seorang pelakon korea nama kim su ah....hhehehe..kim su ah kalau belakon memang kelakar dan sangat besh..larik tajuk drpd puisi plak ye

abuyon berkata...

salam cikgu,

Masih Islamkah
dia?

Water Lily berkata...

Mudah-mudahan masih Islam.

Cinta kadangkala, melukakan bangsa dan agama.

xiiinam berkata...

Hanya Tuhan Tahu.....

faziz ar berkata...

salam cikgu
sedih membaca puisimu dalam aku sedang siap untuk berbuka puasa hari ini.
begitulah kesan perang kepada manusia..
perang selamanya membawa derita
sesama manusia...

setiakasih berkata...

cinta bisa menghidupkan raga
bisa juga mematikan jiwa
bangsa dan agama
dikorban percuma
demi nyawa
demi cinta
dengan atau tanpa
rela(?)

Wahai Tuhan...
kembalikan dia
walaupun aku tahu
ia amat sukar dilaksana
namun demi sabdaMu

Kun Fa Ya Kun...
Tiada yang mustahil.

relevan berkata...

Salam kunjungan saudara Zul..

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM