Sabtu, September 12, 2009

KUASA


KUASA


seorang Melayu yang telah menanggalkan baju kalis pelurunya
masih kedengaran suara-suaranya
tanpa peduli sahabat lawan
tiba-tiba dirakam cakapnya dalam bahasa Tamil
dan memurkakan seorang India yang baju kalis pelurunya hampir tamat tempoh.

dengan murkanya dia berkata
"dia seorang yang berseni dalam memusnahkan setiap Timbalannya"
"dia sudah ada empat Timbalan"
"tapi saya hanya ada satu Timbalan".

dengan segera dia yang seorang lagi berkata
"dia telah pecahkan satu kekuatan menjadi lapan"
"dia telah bohong kepada saya"
"dia menafikan bantuan saya untuk bangsanya".

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
12 September 2009.

10 ulasan:

Sara Musfira berkata...

again, dlm yg nice.

setiakasih berkata...

'Baju kalis peluru yang hampir tamat tempoh itu akan memakan tuannya sendiri...

jika tidak ditanggalkan, pasti akan mengundang mati orang-orang yang ada di sisi...

termasuk orang-orang Melayu sendiri'

abuyon berkata...

Baju sudah tamat tempoh,
lidahnya belum,
barangkali

faziz ar berkata...

salam cikgu zul
begitulah seni politik
bunuh timbalan untuk kekal diri
tanpa saingan
tapi akhirnya ternyata organisasi
makin hancus

xiiinam berkata...

Eid Mubarak!!!


Maaf Zahir dan Batin

Najmuddin Yusoff berkata...

:)

Dah lama juga mengikuti secara senyap puisi-puisi tuan, baru terdetik untuk meninggalkan jejak.

Salam puisi.

mOEha Aziz berkata...

salam aidilfitri...

gajah gajah tak bergading nak saling berantak... biarkan... biarkan... biarkan... :)

~PakKaramu~ berkata...

Kuasa tipu rakyat

Syahrul Helmi Mohd berkata...

kemelut...

abuyon berkata...

salam cikgu,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pakcik Zul ..
pinta anak-anakku ..hehe

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM