( i )
dengan tegas dia berkata
"bersih pun boleh kalah"
"kotor pun boleh menang"
"benar saya pernah disingkir"
"hanya kerana suarakan pendapat ramai"
"saya dan dia tiada persamaan"
"rakyat menolak rasuah dan nepotisme".
( ii )
yang seorang lagi berkata
"dia dekat dengan masyarakat di sini"
"di sini semua mahukannya".
( iii )
dia yang dimahukan semua itu pun berkata-kata
"saya telah menjalani hukuman".
( iv )
yang lain juga ingin berkata-kata
"sudah habis oksigenkah ?"
"?".
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
29 September 2009.
4 ulasan:
salam..
dalam maksudnya tue..
semua terpercik sama..
dan si dia,
kini meratapi,
kecewa telah mendakap diri,
'abaikan pendapat peribadi;saya sokong,
;)
wassalam..
'aku tidak meminati politik'
'bagiku, yang kotor tetap kotor'
'mmm.... tapi yang bersih mungkin takkan kekal bersih.....'
moral,akhlak semuanya sudah tak penting bila terlalu gilakan kuasa.
salam sdr zul
manusia ini gila kuasa
tapi kalau kuasa tanpa tuhan
maka itulah jadinya
perjuangan nafsu nafsi
mereka akan tewas
dan akan tetap tewas
dihujung jalan itu
tak ada yang kekal
Catat Ulasan