ketika waktu-waktu memasung derita diri
lorong jalanan tertinggal renyuk berlipatan
hari ini aku lepaskan serpihan yang tertanam dalam
pergilah
setiap hitungan telah kita kirakan bersama
dalam sifir kosong.
lepaskan,
aku camar yang mahu pulang.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
07 September 2009.
10 ulasan:
sdr zul
selamat berbuka puasa.
petang ni ku tatap puisi ini.
akan cuba ku fahami...
selamat betarawih...
Salam saudara Zulkifli,
Salam Ramadhan jugak buat saudara..semoga mendapat rahmat dan berkatNya pada bulan Ramadhan ini.
salam cikgu,
Buku lama ke?
Atau lepaskan apa, dengan
hati terbuka
cikgu Zul...senpai rasa camar tu kalau tak lepas pun akan terbang pulang sendiri......sekadar pendapat aje..
puisi yang puitis.nanti aku hayati
Salam Sdr Zul,
"lepaskan,
aku camar yang mahu pulang."
Puitis sekali. Saya amat menyukainya.
salam zul..
terima kasih kerana jenguk blog aku,,
lepaskan diri...
matikan ia...
agar tidak mengganggu... kepulangan ini...
untuk mendakap satu bayang...
bayang yang perlu dilepaskan...
agar aku kosong...
Salam Zul,
'awak nak ke mana?'
'serpihan yang membawa luka?'
Ive got the title same as yours, but the flow was different.
:)
Catat Ulasan