Rabu, September 02, 2009

RAMADHAN DALAM SENJA


RAMADHAN DALAM SENJA


ketika rezeki masih di kerongkong
tangan mengira godaan hidangan
dalam senja kali ini
mungkin antara kita
tidak terlihat bucu kesedihan
kalangan insan yang kehabisan keringat diri
terpenjara dalam senja
di setiap Ramadhan ini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Perumahan Lot 144, Darul Iman
02 September 2009.

10 ulasan:

Sara Musfira berkata...

*thumbs up*

patungcendana berkata...

:-)

abuyon berkata...

salam cikgu,

Ah, benar cikgu
bila hidangan di depan mata
lupa makna puasa ke
apa

kelompen berkata...

salam puisi cikgu
kadang2 kita tewas dari kerana mata bukan kerana rasa
tidak juga jiwa..

Raja Syahrul Helmi berkata...

terperangkap dalam senja... di suatu tempat antara siang dan malam (hidup segan, mati x mahu) bayangan yg baik dan mengesankan, cikgu:)

Indah Hairani berkata...

salam puisi,
menyinggahi anjung,saat pemiliknya masih tertidur.
..

Relevan berkata...

Salam saudar Zul..Senja penuh nikmat Zul..

faziz ar berkata...

salam sdr zul
puisi kesedaran
memang sepatutnya kita insaf
kepada yang kurang bernasib baik...
patut ambil iktibar
dan kalau mampu hulurkan bantuan...

cahaya malam berkata...

salam..

buta jiwa,
halalkan derita,
oleh tangan nista,
mencapai-capai gunung kuasa,
memijak-mijak mereka yang papa,

ya,
ada yang buta jiwa,

salam ramadhan..
wassalam..

lonelyroseblack berkata...

:)

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM