Rabu, Oktober 21, 2009

HANYIR SEBUAH KOTA LUMPUR


HANYIR SEBUAH KOTA LUMPUR

seorang lelaki yang saban malam menggagahi setiap kelangkang nafsu
dari setiap sundal dari kamar bertilamkan syurga ringgit yang pahit
telah tertangkap dalam cahaya lensa seorang pemburu berita sensasi
berwajahkan jurnalis masyarakat (kononnya), memotretkan sugul
seorang lelaki yang kalah oleh sebuah akhbar - cerita dirinya telah dijual
seharga ringgit Malaysia sahaja (maka lacurlah seluruh nafsunya yang semalam).
seorang perempuan yang saban malam bermimpikan cinta fantasi
dari setiap perosak gadis dari setiap yang asalnya Adam tetapi telah terlupakan ibu dan adik perempuan mereka sendiri
telah dikotorkan lagi oleh penegak undang-undang yang dibayar tugasnya
dibawa lari dalam sebuah 'black maria' yang akhirnya kita tiada tahu tamat ceritanya di mana.

esoknya, dalam taman di hujung bangku paling jauh
sepasang monyet belasan tahun membaca kisah seorang lelaki yang bukan lagi Adam sejak malam tadi
juga kisah seorang perempuan yang bukan layak diceritakan dengan harga segelas air
sambil ketawa dengan galak yang hampir gila.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
21 Oktober 2009.

6 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Hidup di kota lumpur memang lelah dengan ketakutan.


Selamat pagi sahabat.

Salam.

mamamin berkata...

mengejar impian di kota lumpur jebak durjana

setiakasih berkata...

Bagus...
ada kelainan puisimu kali ini.

'Lumpur kotor lagi mengotorkan kalau takungnya di kuala'

Wan A. Rafar berkata...

Puisi anda memikat, ada kelainan. Blog anda menarik dan mempesona.Tahniah untuk puisi dan blog anda.

Gen Mayhem berkata...

Salam Zulkifli
:)

syazwan safwan berkata...

think before do something..

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM