Ahad, Oktober 11, 2009

JEJAK


JEJAK


tepian ombak
membisikkan angin rindu
dari dermaga silam
wahai si pelaut
di mana kompas cintamu
tewaskah oleh biru horizon.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
11 Oktober 2009.

8 ulasan:

Sara Musfira berkata...

suka.

setiakasih berkata...

'banyak persoalan dalam suara puisimu beberapa hari ini...'

Menyelusuri muara sungai ke laut impian
mengemudi bahtera menongkah arus
melawan tingginya ombak
dan buih-buih getar syahdu terangkat ke langit biru
bersama doa
agar rindu yang terperangkap di dalam setiap satu buih itu
tersebar pabila saat ia bersatu dengan awan putih suci
dan turun semula ke dada sepi bumi
sebagai tangisan mesra manja yang tertangguh
dalam jiwa sang lelaki
si pelaut
yang melawan maut
menanti mati

PAP berkata...

irama ombak sangat indah.
memang menenangkan. aku suka!

Nakamura Kazuki berkata...

ketenangan samudera, mengilhamkan suasana....

aloy_paradoks berkata...

samudera..... luas..

Dhamah Syifflah berkata...

tidak perlu kompas...
jika kompas itu sentiasa ada...
bagaimana pelaut terdahulu...
meredah lautan bergelora...
kompas apakah yang diguna...

alam itu banyak kelebihannya...
itulah kompas penunjuk arah...
jika engkau tahu apa itu alam...
kau tidak akan tersesat...

kerana itu berlayarlah aku...
meredah lautan bergelora...
biar aku sesat...
tanpa petunjuk arah...
walaupun berlegar-legar...
tetap dilautan tidak didaratan...

kerana aku perlu tahu...
kapal berlayar bermain diair...
masakan ia bermain didarat...

Dhamah Syifflah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Irwan Bajang berkata...

Hmmm...mungkin hilang bersama deru ombak dan ganasnya laut.
Atau ia menenangkan diri, meredam luka menyelam dan hidup di dasar laut bersama ikan2 yang baik hati
:D

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM