Sabtu, Oktober 10, 2009

EGM


EGM

(Engkau-Engkau Gagal Memancing)

malam-malam
sebelumnya
ada majlis makan-makan
sini satu
sana satu
yang datang
tetap ramai.

tadi pagi
suara-suara yang mahu
dipancing
terkurang undi
sini tersungkur
sana tersungkur
di mana si pengampu ?.

malam ini
sudah ada sana sini
bermimpikan kuasa.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
10 Oktober 2009.

6 ulasan:

setiakasih berkata...

'bulan di angkasarasa 'kan menagih cahaya mentari
gugusan bintang 'kan memagar sempadan
demi sekilas sinar mentari
yang memberi kuasa cahaya
menerangi jagat maya

inikah pula
manusia yang lemah
berkaki dua
dan botak kepala
yang hanya tahu
mengira jual beli
punca kuasa'


'zul.. maaf.. aku kurang pandai genre ini..'

:)

faziz ar berkata...

salam ketemu
kukira apabila tiada unsur kejujuran
yang ada kemunafikan dalam perjuangan
parti itu akan hancur kerana
ia pasti tidak dibenar tuhan untuk memegang amanah seterusnya...

pendidikmy berkata...

demokrasi
siapa-siapa boleh dibeli
undi belum tentu

Anazkia berkata...

Encik, ini tentang pilhan raya kat Port dickson ke.. ? :)

xiiinam berkata...

Umpan tidak memenuhi selera yang dipancing...


...mungkin!

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam Anazkia,

"bukan",

"ini berkaitan dua tokoh dalam satu parti politik yang masing-masing menunjukkan haluan diri yang berbeza".

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM