Ahad, Oktober 04, 2009

KITA YANG MERASAI MUDA


KITA YANG MERASAI MUDA


kita yang merasai muda
masih sempatkah nanti
bersujud menemui diri.

kita yang merasai muda
masih bertelanjangan
silu terbuang lama.

seluruhnya terbaki cuma
sesungguhnya
alam semakin sakit.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman

04 Oktober 2009.

9 ulasan:

setiakasih berkata...

'Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima lagi'

'bersyukurlah dengan apa yang ada dan peliharalah nikmat itu'

'sentiasalah berwaspada akan nikmat yang bakal tiada'

Sifu KaiZen berkata...

makin ramai yag mati muda...tapi kita masih kekal alpa...

Dhamah Syifflah berkata...

mereka yang merosakkannya...
supaya alam cepat musnah...
kerana mereka tahu...
hari itu hari petemuan...
kerana itu mereka menantikannya...

_deli berkata...

Salam sdr Zul,

40 is the bench mark, often said. Dont bet on it! If one feels forver young, you'd expect him to feel old?

One is lucky to have a tomorrow, let alone to achieve the age of 40. Once beyong that, beringatlah...

ckLah @xiiinam berkata...

Dalam doa
sentiasa dipohon
semoga diri sentiasa diberi petunjuk

Tetapi...
kekadang kita masih tidak sedar
atau tidak mahu sedar
bahawa Allah telah berkali-kali memberi petunjuk
dan alamat....


terima kasih atas ucapan dan doa buat almarhum bondaku..

Pekerja Kontrak berkata...

Setiap yang muda akan tua,
Masa muda digunakan sebaiknya,
Baik lah Tuanya,
Masa muda digunakan sejahatnya,
Jahatlah tuanya,

Namun semua ini datang dari diri sendiri
Dari hati seorang manusia yang kecil,
Dari minda manusia yang kerdil,
Dari sikap manusia yang ada ciri2 tersendiri.

Dunia yang sakit di dajali manusia itu,
Manusia yang masa mudanya tidak sedar sedang bertelanjang akhlak,
Manusia yang masa mudanya dipenuhi hitam,
Manusia yang masa mudanya mempunyai hati batu,
Manusia yang masa mudanya tidak kenal erti kasih dan sayang.

Akhirnya dunia ini menanggung penyakit bawaan manusia yang mudanya gelap.

Tanpa Nama berkata...

salam zulkifli mohamed,

kasihan pada cela-nya alam itu.

zaidharis berkata...

dunia semakin sakit,
diwaktu manusia terlalu alpa.

Tanpa Nama berkata...

Muda galak belomba lomba
senja baru mula merangkak
mana lagi kesempatan?
Tersedar dari khayal yang panjang
baru tahu muda dihabiskan dengan sia sia..

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM