satu bulan yang lepas
saudara-saudaraku yang serumpun
kalian ingin menyapu rumpunmu ini
dari tanah Republik Trisakti
belum tutup seluruh sakit ganyang
yang terbawakan di aspal jalan
bertongkatkan runcing buluh dililitkan
kain putih merah.
satu hari, pada semalam hari
gegar demi gegar
alam berkonfrontasi di Republik Trisakti
mengganyang batu simen
mengganyang nyawa-nyawa rumpun sekita
pecah lagi aspal jalan
bertangisan anak-anak tiada dosa
maka haruskah kita saling berkonfrontasi ?.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
02 Oktober 2009.
8 ulasan:
Salam Zul..
Gegaran alam yang marah..
dunia ini akan sejahtera kalau sentiasa dilimpahkan dengan kasihsayang dan kasihan belas. balasan dari Allah ada ketikanya datang terlalu cepat. Apatahlagi kalau yg dianiaya ternyata tidak bersalah. Justeru berjalanlah di bumi ini dengan penuh insaf dan sedar diri kerana kehebatan itu hanya milikNYA jua.
salam cikgu,
Aduh, serumpun patutnya
berbalah dalam
selimut
Sedangkan lidah lagi
tergigit
salam.
minta maaf atas kesilapan tidak meminta keizinan.
saya sudah link kan blog saudara pd tajuk "konfrontasi alam" tersebut, membuktikan saya acknowledge puisi itu ialah milik saudara.
ttp, mcm2 mana pun, mmg silap saya krn tidak meminta kebenaran.
saya sudah edit kembali entry tersebut.
maaf atas kesilapan.
wasalam
alam semakin kecewa
rakusnya jiwa-jiwa sang nyawa
dikejutkan gegaran raksa
buat mereka yang kenal tanda-Nya
mungkin satu petanda awal akan kita perlu bersatu,
satukan kata dan ukhuwah,
saling membantu demi keserumpunan melayu
salam en zul...zul:-)
cuma kite jer yg masih berada di zon selesa.. :)
Catat Ulasan