MARWA AL-SHARBINI
aras Islamofobia berselubung dan kejap tertanam - membelah-belah
pemikiran barat yang diagungi mata dunia yang kabur selamanya
taksub agama merusuk dalam-dalam, mematahkan kultur ras
yang ketakutan melihat helaian kain di atas kepala seorang wanita
kebebalan agama menikam 18 liang ke tubuhmu al-Sharbini
dalam wajah sugul bangsa Iran, senjata media barat memalingkan muka
menutupi setiap yang hak - jangan siarkan, jangan !
bodohnya manusia barat masih hidup dalam mimpi 11 September
lalu membunuh seorang ibu mengandungkan anak empat bulan
kerana takutkan helaian kain di kepala yang tidak mampu membunuh sesiapa jua.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
21 Oktober 2009.
5 ulasan:
Al-Fatihah ...
Salam Sdr. Zul :)
mereka bukan sahaja manusia bodoh!!malah mereka2 adalah golongan yang sentiasa dihantui oleh bayang2 kejahilan mereka sendiri..
al-fatihan ....
kita sekadar melihat dan mendengar selebihnya berdoa...dimanakah silapnya kita muslimin!
Dia takut pada kebenaran
salam sdr zul
sarat puisimu kali ini
bicara tentang islamfobia
yang sentiasa dimainkan media barat
walhal ia memang dikhabarkan tuhan
bahawa mereka sekali-kali tidak redo
kepada kita
dan akan mencari jalan memusnahkan kita
Catat Ulasan