NASKAH CINTA
NASKAH CINTAkenangan berbisik
antara ruang diri
senja mati
enggan mengusirmu
helaian dan tinta
bergumpalan padu.
masih ingatkah
merah rona ?
kau berdiri
di sebelah diri
aku menyimpanmu
dalam-dalam dan
jauh-jauh
menjadi potret kita.
aku masih senyum
saat-saat kau
hadirkan diri
kalau cuma di balik
aksara.
dalam ruang
tanpa jawapan
kenapa seluruhnya
begini ?.
ZULKIFLI BIN MOHAMEDKerteh, Darul Iman09 Oktober 2009.
HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED
Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.
PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM
12 ulasan:
salam cikgu,
Sekarang ada HP kamera
lagi mudah, nak ambil
potret buat naskhah
kenangan
ke guane cikgu :)
jarang benar kau berbisik tentang perihal cinta
aksara itukah yang membungkam jiwa
hingga lidah tak mampu mengucap kata
hingga jejarimu tak mampu bersilat tangkas pertahan jati rasamu
aku juga termanggu
kitakah yang bersahabat
dulu?
Begitu indah Cinta ni cikgu Zul..
best~
...kerana cinta itu memang asyik...
naskah cinta berbau syurga...itulah naskhah yang ambe tunggu2
Ah! Indahnya. Saya terpesona seketika
tak tau nak jerit kat mana.
jerit kata-kata hati.
tabik cikgu atas perjuangkan.
keindahan dan seni bahasa.
hidup puisi si puitis.
naskah cinta?
=]
'kerana naskah cinta yang terukir padanya sejarah dan aksara rindu...
buat aku mencari makna setia'
salam sdr zul
kukira puisi cinta yang puitis
terhibur dik kelembutan bahasanya...
Catat Ulasan