Selasa, Oktober 06, 2009

PERTARUNGAN LIMA HARI


PERTARUNGAN LIMA HARI

(esok, selamat berjuang putera-puteri PMRku)

gelanggang dilimau sudah
peluk restu mahaguru
mengiringi sendeng yang kukuh
pasangi kuda-kudamu yang terhebat
mengerislah dengan tajam akal
usah terdusta bayang-bayang sendiri.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Binjai, Darul Iman
06 Oktober 2009.

11 ulasan:

bokbon berkata...

ah..teringat pula kenangan sekolah menengah dulu, apapun semoga mereka yang bakal berperang esok hari akan memberikan yang terbaik..

setiakasih berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
setiakasih berkata...

moga ilmu yang telah ajarkan dimanafaatkan..

LavENDer Wind berkata...

~mesti seronok jadi guru..bila tengok anak-anak didik tangan sendiri jadi sesuatu yang dibanggakan...
*aku merindui guru-guru aku..

Tanpa Nama berkata...

Berserta doa mudahan anak didikmu berjaya..

Min berkata...

insyaallah... salam singgah

tokder berkata...

selamat berjuang juga!

Dhamah Syifflah berkata...

Andai aku alpa menahan mati…
Tutupkanlah pintu untuk ke syurga…
Kerana perindu tidak akan lupa…
Pada kekasih yang dicinta…
Malah terasa ingin bersemuka…
Lantas dikafankan dirinya…
Allah berfirman pula…
“Bukakanlah takbir dari wajahnya…”

Penabahari berkata...

Semoga sukses.

ckLah @xiiinam berkata...

Semoga anak-anak didik kita dilapangkan hati....


....dan cikgu mereka pula sentiasa berlapang dada!

Tanpa Nama berkata...

harap saja
mereka tak gentar
dengan kertas putih
dan detik waktu

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM