dingin cuaca menggigit lagi
langit suram bersulam tangisan
rentak hidup tertahankan - dalam jeda waktu
yang lesu dibaluti hati-hati resah
musim ini berkunjung kembali
Laut China Selatan merobek segala isinya
perahu nelayan ketakutan dalam tangan hari
anak-anak masih bermain dalam hujan
seorang ayah kukuh membilang nasibnya
tirai tahun makin ke penghujung
tapi jalan yang dahulu tetap begitu
dari jendela hujan membias
basah di muka
basah di hati.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Dungun, Darul Iman
07 November 2009.
9 ulasan:
H.U.J.A.N
ia pemurah
juga pemusnah
Siapa anugerah?
Siapa bertuah?
Nikmatilah.
Jauhilah.
-KamarDewa 1420 hijrah-
hujan itu bawa rahmat pada manusia.
hujan juga kadang-kala bawa bencana.
bila tak hujan manusia mengeluh panas.
bila hujan manusia mengeluh juga bila mahu henti.
manusia ooo manusia....
Hujan
antara rahmat dan bencana
kita ada di antaranya
tawakal
perisainya.
basah di hati...
pedih bukan?
namun rahsia hari dengan alamnya
sudah suratan Ilahi,
sudah tertulis di tali kehidupan.
Salam jejak kembali.
puisimu menyayat hati akan berita banjir di pantai timur...
ohh manusia hanya penerima nasib ketentuanNya.
Dalam hujan terukir seribu cerita luka yang menghiris nubari insani...
Salam Zul, saya sentiasa tertarik dengan puisi Zul , indah dan menusuk hati.
Hujan adalah cerita kehidupan.
Terima kasih kerana sudi singgah.
dan hujan itu datang lagi
membawa cerita suka dan duka
dan hujan itu mencurahkan rahmatnya
bersama dalamnya ada bencana
harap-harap bajet tahun depan ade peruntukan yg besar untuk menangani masalah banjir diseluruh Malaysia. Ini akibatnya jika pembangunan drancang tanpa mengambilkira perkara asas iaitu aliran air yg terkepung!
Catat Ulasan