DISEMBER ( ii )
( i )
masihkah kau kenali halaman kita
yang lama tertinggal di daerah sana
sewaktu kita bersama merasai
dinginnya sayap hari yang tertanggal itu
kala musim Disember sedang rusuh
hujan terbias ke bahu kita.
( ii )
matamu turut berkaca
seperti rusuhnya hujan di luar diri.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
03 Oktober 2009.
4 ulasan:
selalu suka puisimu. =)
kalau memori itu sangat dia hargai, pasti dia ingat
Memang peninggalan itu,satu sejarah dalam momen terhampir.Benar.?
suka dengan cerita bulan disember ini.. always!!
Catat Ulasan