Rabu, November 25, 2009

RINDU


RINDU

( i )
patah-patah kata
tersurat di dada kartu biru
dahulu kau kirimkan
wajah hati yang paling dalam
bersulam segugus rindu
lama kau simpan dalam malu
aku baca satu demi satu - menjadi api
membakar setiap inci dinding diri
jika itu hanyalah dahulu - hari ini
aku tahu rahsia yang terkunci
bersatu seluruh
dalam selaut rindu.

( ii )
dalam waktu
tersimpan kartu birumu.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
25 November 2009.

10 ulasan:

Sara Musfira berkata...

Nice.

Penabahari berkata...

Sdr Zul terus menulis puisi yang benar-benar menusuk hati dengan irama kasih sayang yang sangat segar dan indah.

_deli berkata...

Salam sdr Zul,

Alangkah ruginya anak-anak sekarang yang tidak lagi menghargai hard copy, apatah lagi curahan-curahan hati berupa testimoni kasih sejati.

p/s Kelmarin kutemui kembali kartu merah hati yang pernah ku kirimkan buat arwah ayah hampir 30 thn lampau - sempena retirement beliau. Al-fathihah.

noorlara berkata...

kerana rindu
jiwa menjadi kacau hati menjadi rawan

AAR berkata...

"jika sekusut ini kerinduan..biarlah ia cepat berlalu..."


* awan

mamai berkata...

dan rindu itu kusulam dengan kenangan

Seri berkata...

selamat menyambut aidil adha maaf zahir bathin dari seri

AAR berkata...

T'kasih kerana sesekali dtg menyapaku. *Salam aidul adha juga buat kamu.

Zura Firdaus B. Japri berkata...

wahhahaha jiwang ya?

Puspa Cendana berkata...

bicara rindu yang tersimpan di kalbu, menjadi memori dalam kamus hidup berliku, yang wangiannya kuhidu tika sepi menjengah diri..

salam edul adha buat kamu sdr zul..

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM