JELADERI
jauh ke dasarku
tertumpah cerita derita sang pelaut
pedih dan masin bersatu
menjadi perit diri yang panjang
tertolak ke tepi menjadi ombak
pecah berbuih di tangan tajam batuan
pandang ke hadapan
hanya mimpi-mimpi kosong
berkaca dalam bahang
paduan semilir dan ganasnya kocak badai
layar agung sang pelaut racau semahu-mahunya.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
09 Disember 2009.
6 ulasan:
salam sdr zul
puisimu kali ini kukira
menyelami dunia pelaut
mengukir jerih payah hidup...
Seorang pemuisi melihat laut tercipta puisi tentang kehidupan kerana laut itu juga kehidupan yang indah tapi sukar.
Indah puisi Zul...
salam cikgu,
Laut .. bayangkan laut
adalah neraka
terima kasih tuan kerana sudi bertandang pi blog saya yang sekangkang kera... Dijemput tuan tuk bertandang pi blog rasmi asya di http://ampuanawang.blogspot.com
pelaut yang tidak pernah merungut.
mereka hebat.
:D
hmm.. kerasa banget suasana lautnya.. keren.. ^^
Catat Ulasan