(Salam Maal Hijrah1431)
seluruhnya tiada terulang
kesempatan tiada kedua
detik telah ke hadapan
tiada terpatah lagi
ruang diri hampir terpenuhkan
antara dua jalan
aku berjalan tahun demi tahun.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
17 Disember 2009.
10 ulasan:
Salam tahun baru ..
Moga tahun 1431 ini diharungi dengan semangat yang lebih utuh dan bertenaga.
salam cikgu,
Moga Allah merahmati kita semua,
memandang-mandang kita semua
Semoga hari ini lebih baik
dari semalam
salam maal hijrah.
salam maal hijrah
kita berjalan detik demi detik...
tahun demi tahun
umur lita kian mereput...
sedarkah kita?
"Bantulah aku tuhan
mencari cahayaMu
agar tak bertambah
luka ditubuh ini..."
Salam tahun baru
* Awan
Salam tahun baru. Semoga kehadiran muharam kali ini tetap membawa cahaya kejayaan di dalam kehidupan sdr.
Salam Maal hijrah Saudara Zul..
Masa berlalu selaju pantas angin..
Nekad dan cepat bila siang meniti malam..
Terasa diri mula diabai masa..
Menerjah kealpaan..
Begitu longgar dalam menghadapi Nya..
Ku berdoa agar tidak tersungkur lagi...
masa berlalu silih berganti, yang pergi tak akan berulang, tapi yang lalu kita buat pedoman, buat menghadapi tahun baru.
kunjungan silaturrahmi dari seri sempena maal hijrah semoga persahabatan kekal abadi.
salam maal hijrah =)
Salam Ma'al Hijrah Sdr. Zul,
Di mana jua berada, mudah-mudahan ruang diri sentiasa dicahayai rahmah-Nya.
Catat Ulasan