Ahad, Disember 27, 2009

TSUNAMI


TSUNAMI
(sekadar mengenang kejadian alam)

rasuk ombak membelah padat daratan
mabuk manusia dipatah-patahkan zat air
kita menangis kala itu.

mungkin kala itu sahaja.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
26 Disember 2009.

11 ulasan:

mamai berkata...

dan kita menangis kala itu
dan tika ini kita lupa
sekadar mengenang hari tragedi
tanpa insaf di hati

faziz ar berkata...

manusia selamanya lalai
itulah fitrah...

setiakasih berkata...

menangis kala itu sahaja
kerana ada hati yang yang riak
dan berkerak lumpur
mati tanpa kubur.

patungcendana berkata...

dan bilakah jangka waktu tragedi itu berubah dari perasaan kepada nombor dan jam.

abuyon berkata...

salam cikgu,

Mereka sudah selamat,
syahid

Kita yang tinggal ini,
bagaimana

_deli berkata...

Salam sdr Zul,

Seperti api, kecil menjadi kawan. Dan anak-anak kecillah yang paling leka dengan air ini.

noorlara berkata...

kerana manusia itu fitrahnya mudah lupa dan tak pernah serik.

Seri berkata...

kita hanya ingat ketika terjadi tapi akan lupus dari ingatan di telan waktu.

Semoga tahun baru membawa banyak perubahan yang positif buat kita para bloger. Semoga jalinan silaturrahim sentiasa kekal dan terpelihara.

Penabahari berkata...

Salam Zul,
Masih lagi terbayang peristiwa sedih itu. Semoga kita dihindarkan dari petaaka sebegitu rupa dan semoga keinsafan terus subur di jiwa manusia mengagungi Allah azza wajalla.

jurukopi berkata...

dan tangis hati
yang sepi di dalam
bisa dilihat
sebagai tawa

tangis di dalam
siapa peduli.

I'm Seri berkata...

Semoga tidak berlaku untuk kedua kalinya.

Sangat indah cetusan rasa di sini.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM