Isnin, Disember 07, 2009

WARKAH NENDA


WARKAH NENDA

anakanda,
bendang padi sawah petaknya ditelan rakus pemaju
dilindung wajahnya oleh tanah-tanah bukit yang dikikis habis
esok lusa, wajahnya tergantikan rumah-rumah projek
manusia kampung hidup-hidup dijual oleh ringgit mereka.

anakanda,
hijau hutan rosak diinjak jentolak kuning emas bernafas jelaga
menghalau lembu kambing yang menumpang kenyang dedaun
dari inci menambah ke kaki, hari-hari megah mencacak hutan batu
kulit siang, kulit malam sama rasanya - panas menyentuh jauh ke hati.

anakanda,
surau masjid, safnya hanya tinggal satu dan dua - tiap kali azan dilaung
yang berkopiah dan yang bertelekung, hanya kami yang tersisa hayat
anak-anak muda seusia anakanda digoda neon bandar yang enggan tidur
jika matahari dan bulan terpulang kepadaNya, lupakah kalian al-fatihah?.

anakanda,
rasanya nenda telah lama mati dalam dunia yang bukan waktunya lagi.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Cherul, Darul Iman
07 Disember 2009.

12 ulasan:

Lumut Pagi berkata...

salam zul..

kit aselalunya merindui sesuatu apabila kita kehilangannya...begitulah selalu..

smoga kita sentiasa di dalam selimut rahmat dan cinta-Nya..

amin~~

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal berkata...

salam ziarah, jom tukar2 link dengan saya, saya akan linkkan blog anda di mega link salam perjungan

layari http://asshafiee.blogspot.com

Nakamura Kazuki berkata...

cinta anakanda mungkin kini sudah berubah...jalan yang dilalui terlalu luas malah sehingga tiada sempadan..denai yang tersimpang di tepi langsung tidak dipandang..walhal denai itula yang paling dekat ke reality yang abadi...

mantan berkata...

Zul,
As Salam

Baru sebentar tadi sudah saya hayati WARKAH NENDA.

Terima kasih kerana memberi saya kepuasan selepas penghayatan.

mamamin berkata...

salam zul,
suka mama baca.. nice!!

Hashim Zabidi berkata...

Namun
madah nenda,
pesan nenda,
kilan nenda,
terpinggir jua.

Penabahari berkata...

Terima kasih Zul atas puisi yang begitu menyentuh jiwa.

_deli berkata...

Salam sdr Zul,

OUCH! That hurts. It hit 'em right on the spot - where it should. Thanks Atok for the reminder; reminding me the least.

There are time we felt out of place and displaced, but move on we must; regardless.

noorlara berkata...

itulah harga untuk kemajuan dan kemodenan, kita tidak bisa mendapatkan kedua duanya secara total namun menggabungkannya bukanlah sesuatu yg sukar. persoalannya mahu atau tidak!

kurniawan.q berkata...

salam sahabat memang kita harus kembali ke alam

mamamin berkata...

anaknda,
sesungguhnya nenda telah lama mati didalam dunia yang bukan waktunya lagi..

be missing u zul.. take care, selamat menyambut tahun baru 2010

salam

faziz ar berkata...

salam sdr zul
suara protes
kerakusan kapitalis
merobek desa
dengan ringgit-ringgit
yang cair

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM