(bila dia tanyakan - sebenarnya cinta itu apa?)
kubaca setiap tanda dalam baris tertulis itu
susuknya jauh dan dalam sekali, sungguh dalam
serba tercantum - satu, dan berderaian pada tangan hari
di hujung cerita yang tertulis, kujumpai sebuah wajah
dari sekeping hati milikmu jua - telah tertikam suatu warna
merah dan mulai berdarah
esok mungkin ungu warnanya.
dalam sebuah puisi, aku kirimi dari daerah sini.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
07 Januari 2010.
10 ulasan:
puisi meluah semarak wajah hati..
menukil riak duka nestapa seraya kagum bergembira
wajah hati penuh bersemi cinta menerobos puitis aksara yang dilakarkan
lagi dalam rindu tersemat
lagi halus ungkapan terhambur
salam ziarah
baluti hati berdarah
saluti kasih dalam balutan rasa
agar terhenti aliran darah
yang mengalir luka sia-sia
jangan dibiar hingga keunguan
saat lewat mengubati kesuraman
daerah yang tak berpenguni selain sepi
terlalu indah + gempak :)
Terima kasih kerana puisimu adalah alasan untukku tersenyum hari ini.
* Awan
bermain cinta menyesatkan kita dalam rasa, bermain mata menyesatkan kita dalam pesona, bahawa hidup dan cinta bukan permainan semata.. salam puisi salam seni...cikgu
Salam... Zul,
seolah ini jawapan kepada persoalan dalam puisiku.. tapi sungguh lama dulu,
atau aku yang perasan?
Apa2pun.
Maknanya cukup dalam.. tak terluahkan.
sudah lama saya tidak singgah, maaf ya tuan. Saya suka akan ungkapan 'wajah hati'. Membuat saya terfikir ungkapan lain 'topeng hati' = hipokrisi. keegoan. hmm...
Salam sdr Zul,
Dalam sungguh pemerhatian sdr, dapat membaca luka seorang hamba dari rentetan kata-kata.
sebenarnya cinta itu apa?
Catat Ulasan