Rabu, Februari 03, 2010

SEKS DI KAMAR SUCI


SEKS DI KAMAR SUCI

hitam pekat
bukan rahsia lagi
manusia lapar memenuhi kamar suci
mari kita ceritakan seks di hadapan umum
dosa pahala
benar dusta
barangkali bukan urusan manusia.

Tuhan
petang ini cerita seks
mampu melariskan setiap akhbar.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
03 Februari 2010.

14 ulasan:

kelompen berkata...

salam cikgu
dan mereka tetap mengangguk
tanda faham
tanda patuh
walau tanpa tahu
tanpa kenal
makna...

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) berkata...

hmm.

faqhrule berkata...

nak laris jualan, lacurkan cerita picisan...

kingbinjai berkata...

betul

jurukopi berkata...

konsumerisme. dan akhbar adalah utk dijual.

p/s : apa metafora ini berkait perbicaraan yang sedang popular itu ? ;)

Zawawi Aziz berkata...

"persembahan & motif yang sangat
bagus"

Ridh-One berkata...

motif yang mudah difahami. pemilihan diksi yang tepat.

faziz ar berkata...

dasar kapitalis
moral tidak lagi jadi perhitungan
RM-RM-RM itulah tuhan mereka

Syahrul Helmi Mohd berkata...

bagi saya seks tidak ada salahnya... Seluruh alam ini terbit daripada persetubuhan.

abuyon berkata...

salam cikgu,

Hmm .. seks tak ada salahnya. Bahkan ia ibadah, tetapi menghebohkannya kepada alam adalah keji, bilamana melibatkan yang sangsi

Riesna Zasly berkata...

sudah menjadi bagai birokrasi tentang kes citu..
sukar dibendun g...

nice satira

zuraima berkata...

dengan marah yang ghairah,
kauterjah prosiding mahkamah.

cikgu, cayalah!

hehe

E.d.Y berkata...

wow...tajuk yg best!!

_deli berkata...

Salam sdr Zul,

Tiada lagi yang suci di kamar seks...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM