Selasa, Januari 18, 2011

LEBUR DI JAMBATAN HARI


LEBUR DI JAMBATAN HARI

kita manusia lemah
tiada mampu memilih semuanya
ketika hanya satu pilihan ditentukan.
hari-hari yang panas
menjadi gusar seluruhnya
saat petangnya disayapi kelam yang pasti
kata-kata adalah senjata
paling sakit sewaktu ia membunuh.

satu demi satu
lebur di jambatan hari.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Teluk Gadong, Darul Iman
14 Februari 2010.

3 ulasan:

toyolkiut berkata...

kata2 jadi senjata..
emm..
mnarik..

whitecappuccino berkata...

terlalu banyak pilihan yg perlu kita buat dalam hidup...pemilihan juga perlu dibuat dgn bijaksana

MAPPIAU berkata...

berkunjung ke sini :D

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM