(i)
lewat petang begini
angin mengirimkan salam
dari langit jauh
pergilah
usir ke pangkal horizon paling halus
lewat petang begini juga
jangan rusuh hujan memberat
di hujung hari.
(ii)
pergilah
lewat petang begini
sukar sekali berjalan sendirian.
(iii)
pergilah
lewat petang begini
bulan tergantung dalam mimpi
moga berjumpa di dalamnya.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
04 Ogos 2010.
3 ulasan:
Lewat petang ini
Dengan pas laluan terakhir
Berbondong bondong
Kita lalui suatu jambatan
Meninggalkan dinding derita
Menuju Taman Taman Syurga
berbekalkan dua pusaka
Satu Al Quran
Satu As Sunnah
TK suka puisi..
wlau pun kdang2 faham..
kdang2 langsung x mngerti..
Puisinya bagus, bisa ajari saya???
Catat Ulasan