(i)
suatu waktu
kita bicarakan apa yang
tiada kelihatan
sedang bentangan jalan
jauh amat ke hadapan
setiap suatunya mudah
seperti butir-butir bicara itu.
(ii)
waktu yang enggan lepas
telah tertulis pada helaian rahsia
demikian menjadi kita
melepaskan satu-satu
peritnya jauh dan dalam-dalam
di atas tangan hari
kita harus belajar menerima.
(iii)
kita di atas tangan hari
itulah hakikat.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
23 Julai 2010.
1 ulasan:
yep,belajar menerima.....
Catat Ulasan