bulanMu berkunjung kembali
panas membakar
kesabaran setiap hambaMu
meleburkan kemungkaran
tertanam dalam-dalam
berdebu
bersatu
setahun yang lalu.
pencerahan demi pencerahan
satukanlah dalam rahmatMu.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
08 Ogos 2011.
2 ulasan:
Seribu syukur aku kembali
Berdiri di pintu Ramadhan
Kering tekak basah dengan zikirMu
Letih litak berdoa untuk berdiri
Dalam TarawikhMu
Bersedekahlah walau sebiji kurma
Dan seteguk air dingin
Di pintu Ramadhan
Aku bersyukur
Buat yang termampu
Siapalah aku
Selalu lupa, lalai dan berdosa
Terimalah taubatku.
Salam Ramadhan.
Kad Raya Utk Kamu http://norgadis.blogspot.com/2011/08/kad-raya-2011-untuk-sahabat.html
Catat Ulasan