kemungkinan
cermin hakikat hidup.
sepahit jadam sekali pun
tiang hidup
perlu terus teguh menjunjung langit.
seperit merah luka sekali pun
dinding hari
perlu terus diselak hari demi hari.
lantai hidup tetap satu
lepaskan diri, lepas segala
mencari cermin diri
kemungkinan tidak perlu mati.
ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
22 November 1997.
10 ulasan:
salam.
terima kasih kerna menyinggah.. :)
tuan zulkifli mohamed yang budiman,
-terima kasih, penulis besar seperti tuan sudi menyinggah di laman usang saya. jemput2lah ke sana, krn saya juga selepas ini mungkin akan acapkali dtg ke mari
-mencari ide dan mungkin sekali mencari diri
terima kasih
Salam sAppHire, terima kasih kembali kerana berkunjungan ....
Salam Hartini Omar, kenapa bertuan (?)... tak perlu begitu. Dan saya juga bukan "penulis besar". Menulis untuk "kesukaan" masa senggang, tak lebih dan tidak kurang - itu sahaja. Jemputlah selalu ...
Terima kasih untuk pendapat saudara.Setiap sesuatu ada tiga sisinya.(1).sisi saya.(2).sisi saudara.(3).kebenaran.dan setiap kita cuma memandang dari kacamata masing2.
Salam saudara :-)
Hmm... datang dari mana agaknya idea-idea puitis ni? Zaza tak akan mampu menghasilkan yang begini...
Salam saudara wahyudi my, terima kasih kerana memberi pandangan tersebut. "Sudut pandangan" memang ada dalam kesusasteraan, saya tiada menafikannya ...
Salam Zaza, "idea" daripada pengalaman dan kebolehan menyusunnya menggunakan kata-kata. Itu sahaja yang dapat saya katakan. "Puitis", bergantung kepada pentafsiran yang dilalukan oleh pengemar puisi - tiada sama cita rasanya ...
ini,
puisi; aku sangat suka
Salam matahari terik jigsaw,
terima kasih,
aku menghargainya ...
Catat Ulasan