Khamis, April 09, 2009

MERINDUINYA


MERINDUINYA


( i )
rindu yang panjang
menyulitkan tiduran
bulan oh bulan
aku merinduinya.

( ii )
perawanku
aku sama seperti selalu
terharu sendirian
membawa harapan.

( iii )
jangan terusan menyeksa begini
janganlah sumpah diukur di bibir.

ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
21 Januari 1998.

11 ulasan:

Lumut Pagi berkata...

Di luar malam menakung dakwat
Canda alam mengawas kandung
Hingga pagi membocorkannya
Lewat sepi mergastua bercicip,
Membalut belukar dengan bintik bunyi
Atau menanda diri di tengah sunyi.

Ada beberapa bintang jauh
Menebuk kain hitam langit
Dan membersitkan kita keluar
Dari malam
Untuk nikmat cahaya.

Dan malam berlalu
Dengan longsor licinnya
Hingga tiba pada debu pagi -
Rahsia surut di kesedaran.

~ Muhammad Haji Salleh

Kurniawan Yunianto berkata...

mengunjungi mu sobat .. ini kunjungan balasan dari kunjunganmu ke hutan semarang

Shahriza Mahmud berkata...

Usah dirayu perawan nan lara,
hanya kerna tidurmu terganggu.

Jika sumpah, noktahnya di bibir,
tinggallah jejaka tinggallah pergi.

Rindumu menyiksa bahana sumpah,
lukanya perawan dibawa ke mati!

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam Lumut Pagi, terima kasih menyisipkan puisi Muhammad Haji Salleh ke laman ini.

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam saudara Kurniawan Yunianto, kunjungan balas saudara aku hargainya ...

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam Shahriza Mahmud, lama tiada berita. Hari ini hadir dengan kata-kata puitis (?) ... terima kasih berkunjungan.

Shahriza Mahmud berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shahriza Mahmud berkata...

Sesekali menyeberangi lautan,
sepiku kerna di perantauan.

Kini pulang jejak di daratan,
singgah berkota di laman tuan. ;)

Dari KL ke Pulau Redang.

Pulang sebentar,
terbang pula ke bumi Kenyalang.

Sibuknya bukan kepalang!

~Cinta Cukulet~ berkata...

salam kunjung balas buat encik zulkifli. terima kasih sudi berkunjung ke blog saya...teruskan berpuisi :D

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam Shahriza Mahmud, sibukmu untuk tugas tentunya. Banyak tempat disinggahi, banyaklah pengalaman untuk dirimu itu ...

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam Cinta Cukulet, terima kasih berkunjungan balas ...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM