terima kasih kerana sepimu
menjadikan aku
belajar melupakan dirimu itu.
terima kasih kerana seksa ini
menjadikan aku
belajar mencari silap diri ini.
bersama gelap
kupadamkan api
tiada wajah
tiada bayangmu lagi.
terima kasih
itulah hadiah cintamu
yang akan kubawa
dalam setiap nafas ini.
ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
22 September 1997.
8 ulasan:
salam...
indah sekali puisi kau...aku kagum :-)
aku akan singgah lagi...boleh?
mungkin dia sengaja menyepi
kerana yang tersirat di hati
tidak tega disuratkan...
mungkin menyepi lebih baik
dari meluah kata menyinggung rasa
menghimpun durja
mungkin dia memang mahu pergi
tanpa pamit tanpa permisi
kerana tidak ingin ditangisi....
.
.
.
.
.
errr....entah apa-apa yang aku tulis ni...kan
saudara tinggal di Lurah Bilut kah?
Nama tempat itu biasa didengar....tentu cantik dan mengilhamkan tempat tu...
Bagus...
Indah2 belaka.
Boleh saya link blog saudara di blog saya?
salam malam patungcendana, adat orang bertandang, tentunya dipersilakan ... sila datang kembali.
salam malam xiiinam, saudari cuba "menganalisa" (?)... tentunya saudari membaca dengan baik. Lurah Bilut (sebuah Felda - tertua di Pahang dan tertua juga di Malaysia) telah "ditinggalkan" pada tahun 2000.
salam malam Anisah Ali, dipersilakan dan terima kasih atas kunjungan ...
salam...
salam kembali untuk saudara Badrul Munir Chair ...
Catat Ulasan