(buat bonda tercinta, Puan Nor Azizah Abu Bakar)
bonda
ucap katamu hikmah berlapik
marah ajarmu kasih berdinding
jadi pandu hala jalan yang kulalui
jadi garis lintang sempadan diri.
terima kasih bonda, jika akulah
selalu kau pujikan
aku berbesar hati, sebagai anakmu.
kerana jalan ini, dipandu olehmu jua.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
17 November 2003.
13 ulasan:
Selamat hari Ibu buat bonda mu dan bonda anakmu...
Kasihilah mereka sentiasa kerana dengan siraman air kasih anak/suami.....jiwa dan roh wanita itu pasti akan berbunga dan mewangi sentiasa...
slmt hari ibu.. setiap hari adalah untukmu..
selamat hari ibu buat bonda saudara
terima kasih saudar..sy jg akan selalu ke mari..menantikan puisi2.. :)
Aku juga punya seorang wanita
yang bernama 'bonda'..
Adakah dianya wanita yang sama? ;)
Salam jenguk setelah lama tidak menyinggah! ;)
Teruskan kau kota puisi tersergam indah, jangan kau runtuh dilanda musim bahasa taufan gelisah di musim payah....
Terima kasih tinggalkan jejak bermakna. Itulah kalau asimilasi berteraskan Islam tidak mengapa ini hinggakan kewangan dan perbankan Islampun hendak diliberalisasikan..Bukankah Islam menuju sempurna. Terlalu banyak ambil kesempatan kaedah mengikut syariat Islam tapi perlaksanaan masih ikut konvensional...
Z,
Salam di remang petang matang
mutu manikam
intan baiduri
bergemerlapan
istana cinta
menyergam
watikah amanah
cinta kasih
daripada bonda
kepada isteri
demi putera puteri.
Selamat hari ibu juga untuk bonda saudara.
satu puisi yang bagus. saya suka :)
indah...:-)
Bonda..kaulah segalanya!
salam kenal..moga kita menjadi anak yg soleh kepada ibu bapa..selamat hari ibu moga mereka dirahmati ALLAH selalu
bonda pasti bruntung dpt anak sprt mu
Catat Ulasan