guru-guru tetaplah guru yang dahulu
menjadi tua dalam waktu yang panjang
tetap menemui pelajarnya
yang membesar di rumah yang berlainan
tetap bersama rakan-rakan sekerja
yang separuh daripadanya telah tewas
dalam diri sendiri.
tetap di depan pandangan masyarakat
yang terlalu mengharapkan apa yang terbaik
daripada manusia guru
yang tetap bersama kelemahan diri.
lemah oleh waktu yang panjang
lemah oleh kenakalan pelajarnya
lemah oleh masyarakat
yang banyak bercakap tentang kesempurnaan.
guru-guru tetaplah guru yang dahulu
menjadi tua dalam panjang waktu dilaluinya
tetap di bilik
yang dikongsikan bersama
tanpa keselesaan yang sama
seperti dinikmati
rakan-rakan seuniversitinya yang dahulu.
tetap dipanggil guru
kalaupun hanya sekadar panggilan
dibezakan waktu yang mengurangi rasa hormat
kepada manusia guru.
guru tetaplah guru
di mana berada
di mana sahaja
tanpa mati dalam waktunya yang panjang.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Bentong, Darul Makmur
31 Mei 2004.
15 ulasan:
seorg guru akan membawa gelaran tersebut sehingga ke liang lahad.. guru tetaplah guru :)
ya...
siapa lah kami
hanya sekumpulan insan yang bertungkus lumus
untuk memastikan anak2 orang lain dapat masuk universiti
itulah guru
ya...kami bukan siapa-siapa
ps...puisi yang indah...
thank you for the wish...:-)
insan mulia
salam cikgu....
ya..memang benar..guru akan tetap guru...walau di mana pun kita berada..justeru...mungkin kita semua harus bangga kerana hari ini kita masih bergelar guru....
sajak yang sangat indah untuk didengar dan dihayati..tahniah en.zul...
murninye pekerjaan guru ni..sejak hbs sekolah,dh lama x smbut hr guru..rindukan zaman sekolah..
re:...
erk..boleh pakai ke kata orang tua2 tu...hehehe...
salam hari jumaat en. zul... :-)
tanpa guru siapalah kita, semoga semua guru kita sentiasa dalam rahmat Allah samada yang hidup maupun yg telah meninggal dunia
Selamat HAri Guru!
salam en zul...
kita sama je...aku pun sebelum masuk ump, ajar kat sekolah biasa...selama 14 tahun...
masuk ump pun aku tak apply jadi lecturer...aku jadi guru behasa...
memang aku suka jadi guru...hehehe
selamat hari guru untuk kau...
re:...bayang2 tetamu pun aku tak nampak lagi...ahahaha
membaca puisimu terbentuk bait puisi dikepalaku. muga ada kesempatan untuk kumuatkan dalam blog puisiku sendiri...
selamat hari guru untuk guru-guruku...
SELAMAT HARI GURU SEMUA NYA.. PUISI ANDA YANG TERHEBAT SETAKAT NI.. SELAMAT MAJU JAYA DAN TERUSKAN USHA ANDA..
walaupun sekolah saya tak tinggi sangat guru tetap saya sanjung. kerana mereka saya boleh menulis membaca dan menjadi manusia berguna. kepada cikgu jm ris, cikgu bala dan cikgu rosminah sewaktu saya darjah satu hingga enam di sk tiger tawau dan seluruh cikgu di negara ini "selamat hari guru".
"SELAMAT HARI GURU"
Salam. SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI GURU!! Guru pembina negara bangsa...
Catat Ulasan