Jumaat, Mei 01, 2009

TRESNA ( xiii )


TRESNA ( xiii )


hingga saat ini
aku hanya menikahi
sekeping gambarmu.

kau masih senyum
seperti selalu
dalam kurung merahmu itu.

anak-anak kita
hanyalah kenangan
sarat terhimpun segalanya.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Karak, Darul Makmur
17 Julai 2000.

8 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Ahh...
sudah cuba ku cerna...
tapi aku tidak mampu menghazam...
luahan mu yang ini....



Benar...
tak faham aku...
aku tak faham...
faham tak aku...

Errrr...apa aku tulis ni???
Entah..
aku pun mula tak faham
dengan tulisan aku.

balik dululah ya...
he..he..

ckLah @xiiinam berkata...

Setelah ku bawa pulang...
dan ku analisa...
Aku kira aku sudah dapat memahaminya....






Bersabarlah kawanku...
Aku pernah mendengar frasa ini dalam sebuah lagu
berjudul 'CINTA', dalam filem 'CINTA';

"....bukankah hidup hidup kita akhirnya harus bahagia?..."

yus_anakmelayu berkata...

persoalan paling laku bagi seorang manusia sememangnya ialah cinta. argh! aku mahu lari dari cinta murahan!

Malaikat Kecil berkata...

asyik. lagi, lagi.

Idalara berkata...

terlalu sarat dengan makna yg tersirat..hanya yang mengerti..

Hanni Ramsul berkata...

ringkas penuh makna
usai membaca, hati tertanya
betulkah makna yang dicerna?
apapun, betul atau salah semuanya tetap sama...
benarkah sama?
persepsi perasaan di dalam hati, barangkali akan sama...
sama-sama butuh pada kasih dan cinta...
salam dari saya.
suka dengan luahan ini....

rozais al-anamy berkata...

Zek,
Saya sangat-sangat suka yang ini. Makna yang amat dalam dengan bahasa yang ringkas dan padat, membuatkan saya dapat merasai sebuah kepiluan.

Ainu Shazwani berkata...

indah nukilan luahan jiwa
tersentak hati ketika berbicara
sayu coretannya
penuh seribu makna.

=)

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM